Wednesday 19 September 2012

Projek 3 : Servis Radiator


Radiator buat hal, bocor kat cap atas..Jadi kena la bukak pahtu hantar service..Kos servis radiator dlm RM40-RM50 je..









Tip Macam mana nak periksa Kerosakan Radiator
1. Air kurang, sebab air kurang mungkin radiator Korang mengalami kebocoran.
2. Kipas tidak berfungsi dengan baik, mungkin karbon motor sudah haus sebab itu kipas tidakdapat berfungsi lagi, mungkin juga fius yang mengawal kipas untuk automatik ade problem kot.
3. Radiator sumbat, radiator mempunyai tiup-tiup kecil untuk air dapat melaluinya, jika tiup-tiup tersebut tersumbat air tidak dapat berjalan dengan lancar, jadi hantarlah kenderaan korang untuk pemeriksaan lanjut.
4. 
Air tidak dapat berjalan dengan lancar, ia boleh terjadi puncanya adalah mengalami karat pada thermostat tersebut, macam mana kita nak tahu? korang boleh pegang hose pipe atas dan hose pipe bawah, jika hose pipe atas panas dan hose pipe bawah sejuk, kemungkinan thermostat kenderaan korang jem.
5. Penutup radiator atau cap, jika penutup radiator sudah rosak korang boleh cek, korang cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, korang tekan pedal minyak, jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut kemungkinan penutup atau cap radiator korang rosak, cuba tukar penutup tersebut, harga anggaran dalam RM10 hingga RM20 tengok jenis dan kualiti cap tersebut, jika air tetap keluar, munkin radiator anda sumbat, hantarlah kenderaan anda ke bengkel untuk pemeriksaan.
6.Cuba korang check water pump...cara dia masa start pagi-pagi tu bukak cap radiator tu...klu memang nampak air dalam radiator tak gerak langsung atau terpancut air keluar .. makna nye ada kemungkinan water pump rosak...

_______________________________
Pemeriksaan Dengan Radiator Pressure Tester gauge
Kalau ada alat "Radiator Pressure Tester gauge" lagi senang boleh check keadaan radiator korang sama ada mengalami kebocoran atau tidak.. So senang lah nak kesan dan mencari punca masalah tersebut.. mungkin juga terjadi kebocoran sangat halus pada radiator yg tidak mudah terlihat secara kasat mata.

Pemeriksaan kebocoran cooling system yang tak nampak melalui mata kasar perlu di buat pressure test menggunakan pressure test gauge.first... kena masukkan coolant bewarna bila tambah air. Lepas itu periksa kat mana kesan kebocoran sekeliling radiator dan spare tank.
(Ini boleh dilakukan dengan bantuan woksyop yang ada alat ini)..
_______________________________
Sila Servis Radiator Korang
Apa-pun sebagai langkah yang lebih terjamin hantar kereta korang ke makanik bengkel yang menyediakan perkhidmatan Servis welding dan cuci Radiator ni..Selalunya makanik akan cek, water pum, host paip, dan top tank, jika tiada kebocoran disitu dan tidak dapat mengesan, makanik akan buka radiator tersebut untuk test dengan menggunakan tekanan angin dan di masukan kedalam air untuk mengesan kebocoran, disitu makanik akan melihat ada kebocoran atau tidak pada radiator tersebut, jika ada kebocoran, makanik akan welding ditempat yang bocor.


Kalau kat bengkel Servis welding dan cuci Radiator ni.. mekanik tersebut akan menanggalkan part dan bahagian radiator, satu persatu dia cabut sampai terbarai dia tanggalkan dengan mencairkan penyambung patri timah pada radiator tersebut..
 
Proses mencuci tiub saluran air dalam tangki. Rod besi nipis digunakan untuk menjolok keluar karat dan kotoran mendapan dalam tiub setelah bertahun tahun penggunaan. Cucian kesan cat dan kotoran menggunakan chemical untuk menanggalkan keladak degil yang melekat dan tersumbat tu.. Nampak lah keladak yang menyumbat tu keluar semua... 
Kemudian mana mana tempat yang bocor pada radiator tu makanik tu tampal balik tempat bocor tu dengan welding ditempat yang bocor.. Pastu bila dah siap, cantumkan balik dengan menyambungkan patri timah pada radiator tersebut.. Anggaran harga servis radiator ni antara RM 70 hingga RM 150 kot , ikut kerosakan yang dialami..
_______________________________
Jenis-jenis Radiator Kereta Apa pun kena tengok jugak Korang punya kereta menggunakan Radiator jenis apa..Radiator jenis cooper ,Kalau radiator jenis core cooper dan tank atas dan bawah juga cooper, lebih senang dibaiki jika mengalami kebocoran disemua sudut dan boleh welding dengan menggunakan timah khas untuk menampal kebocoran tersebut.

Tapi ia berlainan dengan radiator proton wira ,wira origanal core cooper tapi tank atas dan tank bawah adalah plastik, jika berlaku kebocoran pada tank atas atau bawah terpaksa di tukar 1 set tank tersebut sebab plastik mana lah boleh di baiki.. mungkin harga anggaran didalam RM140++, Tetapi kalau guna radiator aluminium, jika core dan tank yang bocor boleh di baiki tetapi jika plat yang bocor, ia tidak boleh di baiki lagi, jadi ia kene diganti dengan yang baru..
 
Flusing dalam enjin
Ada sesetengah bengkel yang siap cuci cooling sistem korang dalam enjin dengan menggunakan flusing air tekanan tinggi .. First makanik tu buka hose pipe radiator atas bawah kemudiansambung pada mesin flusing tu cuci dalam enjin sistem kereta korang..Tekanan air Rolling masuk dan keluar.. So mesin flusing ni cuci dalam enjin melalui kesemua saluran hose pipe, liang block , water pump dan thermostat..jadi keluarlah keladak yang menyumbat cooling sistem dalam enjin korang.. Anggaran kos Flusing enjin ni mungkin dalam lingkungan RM 70 kot..
_______________________________
PERINGATAN PENTING 
****Adalah di syorkan Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water.

19 comments:

  1. salam tuan.kalau tangki minyak kereta bocor (crack dlm 1cm ) boleh ke welding

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azam86: Projek 3 : Servis Radiator >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Azam86: Projek 3 : Servis Radiator >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Azam86: Projek 3 : Servis Radiator >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK Ue

      Delete
  2. Kalau air menitik air sebab ape ea? dan kalau air radiator cepat kurang, apa masalah nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes sama dengan aku,last2 hantar kedai cover radiator pecah.tukar dan servis settle

      Delete
  3. Kedai repair radiator kt mn yg ye

    ReplyDelete
  4. Boleh tak harga cuci tangki untuk myvi

    ReplyDelete
  5. Boleh tak beritahu angaran harga cuci radiator kereta myvi 2007

    ReplyDelete
  6. Perlu ke tambah dlm radiator?

    ReplyDelete
  7. Tolong bg nama kedai servis radiator yg tip top area sp

    ReplyDelete
  8. Kedai servis radiator kt kuantan yang mana bagus.?

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas pertanyaan tuan/puan dan berminat dengan servis kami.Saya akan respon pertanyaan tuan/puan dalam waktu bekerja Isnin hingga Sabtu dari 10:00 pagi hingga 7.30 petang. Jika perlukan maklum balas segera boleh terus hubungi 0177539516.Maaf diatas kesulitan jika team kami lambat respond dan akan berusaha membantu tuan/puan didalam masa terdekat.
    Terima kasih ☺.

    ReplyDelete
  10. Syaithoonn...radiator ku leakingg..arghh

    ReplyDelete
  11. bos wira tudung radiator hilang boleh x memandu tanpa tudung utk beli tudung baru

    ReplyDelete
  12. Azam86: Projek 3 : Servis Radiator >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Azam86: Projek 3 : Servis Radiator >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Azam86: Projek 3 : Servis Radiator >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK ge

    ReplyDelete