Wednesday 19 September 2012

Install Papago M9

Aplikasi NaviSea dan crack.apk (download)
http://www.mediafire.com/?n3l7qhv123q3db7
http://www.mediafire.com/?nwag665i8sdxvdy
http://www.mediafire.com/?49t3q2iy0i57j2k
http://www.mediafire.com/?22u6wk2ozv5n9ej
Alternatif crack (V2) <--- SILA GUNA INI SEKIRANYA crack.apk YG DISERTAKAN DIATAS TIDAK BERFUNGSI
http://www.mediafire.com/?nqbugrokrr9iiol
Latest Maps dari MFM (4 Julai 2012) Malaysia , Singapore & Brunei
http://www.mediafire.com/?g4408znal2ct9fv
Instruction
* Download all 4 parts then extract to desktop will get (NaviSEA).
* Copy (NaviSEA) folder to your device internal(xternal pun boleh) storage (for android version GingerBread 2.1/2.2/2.3).
* Copy (NaviSEA) folder to your External SDCard (for Android version ICS 4.0.3)
* Install (Navitotal! M9SEA.apk) from inside NaviSEA folder by using file-explorer/My files/Root Explorer or other!
* Done!Enjoy ;)

Dan bagi pengguna telefon pintar Samsung Galaxy S III yang mempunyai masalah resolution (1280x720) . Download file dibawah kemudian extract keluar folder, dan copy folder tersebut , paste kepada lokasi "navisea/organic" .
http://jumbofiles.com/efr0ez6q7bxi or http://www.mediafire.com/?4mbv4fqfrp3dtm7

PERHATIAN : Cara mengatasi masalah pada peranti SGS III sila ikuti langkah dibawah ini .

#Note : Ini adalah untuk fix landscape Full Screen

1. Open folder NaviSEA/Organic
2. Rename folder 1280x752 kepada 1280x720.
3. open folder NaviSEA/Organic/EN
4. Rename folder 1280x752 kepada 1280x720.
5. siap..

#Note : Ini adalah untuk fix potrait Full screen

1. open folder NaviSEA/Organic
2. Rename folder 800x1280 kepada 720x1280.
3. open folder NaviSEA/Organic/EN
4. Rename folder 800x1280 kepada 720x1280.
5. siap..

#Note2 : Both full screen landskape & potrait is not perfect , tetapi inya lebih baik paparan nya ;)

SUMBER  

MAP UPDATE!!

MFM-PAPAGO X8.5-X9 MAP - 120808 : Released date : 9 August 2012

http://www.mediafire.com/?34r9825wv6bkwni

Instructions :

1.Backup the old map files/folder (in device/Maps folder) to your pc.
2.Delete the old map files/folder.
3.Unrar/Unzip the new map.
4.Copy MFM-PPG-X8.5-X9-120607 folder into your device/Maps folder.

Projek 4 : Tukar Headlamp AE92 Levin

Dgn bantuan Hanif Sulaiman selaku tukang ketuk body n modified, sy berjaya siapkan projek nih..


SEBELUM

SELEPAS







Projek 3 : Servis Radiator


Radiator buat hal, bocor kat cap atas..Jadi kena la bukak pahtu hantar service..Kos servis radiator dlm RM40-RM50 je..









Tip Macam mana nak periksa Kerosakan Radiator
1. Air kurang, sebab air kurang mungkin radiator Korang mengalami kebocoran.
2. Kipas tidak berfungsi dengan baik, mungkin karbon motor sudah haus sebab itu kipas tidakdapat berfungsi lagi, mungkin juga fius yang mengawal kipas untuk automatik ade problem kot.
3. Radiator sumbat, radiator mempunyai tiup-tiup kecil untuk air dapat melaluinya, jika tiup-tiup tersebut tersumbat air tidak dapat berjalan dengan lancar, jadi hantarlah kenderaan korang untuk pemeriksaan lanjut.
4. 
Air tidak dapat berjalan dengan lancar, ia boleh terjadi puncanya adalah mengalami karat pada thermostat tersebut, macam mana kita nak tahu? korang boleh pegang hose pipe atas dan hose pipe bawah, jika hose pipe atas panas dan hose pipe bawah sejuk, kemungkinan thermostat kenderaan korang jem.
5. Penutup radiator atau cap, jika penutup radiator sudah rosak korang boleh cek, korang cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, korang tekan pedal minyak, jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut kemungkinan penutup atau cap radiator korang rosak, cuba tukar penutup tersebut, harga anggaran dalam RM10 hingga RM20 tengok jenis dan kualiti cap tersebut, jika air tetap keluar, munkin radiator anda sumbat, hantarlah kenderaan anda ke bengkel untuk pemeriksaan.
6.Cuba korang check water pump...cara dia masa start pagi-pagi tu bukak cap radiator tu...klu memang nampak air dalam radiator tak gerak langsung atau terpancut air keluar .. makna nye ada kemungkinan water pump rosak...

_______________________________
Pemeriksaan Dengan Radiator Pressure Tester gauge
Kalau ada alat "Radiator Pressure Tester gauge" lagi senang boleh check keadaan radiator korang sama ada mengalami kebocoran atau tidak.. So senang lah nak kesan dan mencari punca masalah tersebut.. mungkin juga terjadi kebocoran sangat halus pada radiator yg tidak mudah terlihat secara kasat mata.

Pemeriksaan kebocoran cooling system yang tak nampak melalui mata kasar perlu di buat pressure test menggunakan pressure test gauge.first... kena masukkan coolant bewarna bila tambah air. Lepas itu periksa kat mana kesan kebocoran sekeliling radiator dan spare tank.
(Ini boleh dilakukan dengan bantuan woksyop yang ada alat ini)..
_______________________________
Sila Servis Radiator Korang
Apa-pun sebagai langkah yang lebih terjamin hantar kereta korang ke makanik bengkel yang menyediakan perkhidmatan Servis welding dan cuci Radiator ni..Selalunya makanik akan cek, water pum, host paip, dan top tank, jika tiada kebocoran disitu dan tidak dapat mengesan, makanik akan buka radiator tersebut untuk test dengan menggunakan tekanan angin dan di masukan kedalam air untuk mengesan kebocoran, disitu makanik akan melihat ada kebocoran atau tidak pada radiator tersebut, jika ada kebocoran, makanik akan welding ditempat yang bocor.


Kalau kat bengkel Servis welding dan cuci Radiator ni.. mekanik tersebut akan menanggalkan part dan bahagian radiator, satu persatu dia cabut sampai terbarai dia tanggalkan dengan mencairkan penyambung patri timah pada radiator tersebut..
 
Proses mencuci tiub saluran air dalam tangki. Rod besi nipis digunakan untuk menjolok keluar karat dan kotoran mendapan dalam tiub setelah bertahun tahun penggunaan. Cucian kesan cat dan kotoran menggunakan chemical untuk menanggalkan keladak degil yang melekat dan tersumbat tu.. Nampak lah keladak yang menyumbat tu keluar semua... 
Kemudian mana mana tempat yang bocor pada radiator tu makanik tu tampal balik tempat bocor tu dengan welding ditempat yang bocor.. Pastu bila dah siap, cantumkan balik dengan menyambungkan patri timah pada radiator tersebut.. Anggaran harga servis radiator ni antara RM 70 hingga RM 150 kot , ikut kerosakan yang dialami..
_______________________________
Jenis-jenis Radiator Kereta Apa pun kena tengok jugak Korang punya kereta menggunakan Radiator jenis apa..Radiator jenis cooper ,Kalau radiator jenis core cooper dan tank atas dan bawah juga cooper, lebih senang dibaiki jika mengalami kebocoran disemua sudut dan boleh welding dengan menggunakan timah khas untuk menampal kebocoran tersebut.

Tapi ia berlainan dengan radiator proton wira ,wira origanal core cooper tapi tank atas dan tank bawah adalah plastik, jika berlaku kebocoran pada tank atas atau bawah terpaksa di tukar 1 set tank tersebut sebab plastik mana lah boleh di baiki.. mungkin harga anggaran didalam RM140++, Tetapi kalau guna radiator aluminium, jika core dan tank yang bocor boleh di baiki tetapi jika plat yang bocor, ia tidak boleh di baiki lagi, jadi ia kene diganti dengan yang baru..
 
Flusing dalam enjin
Ada sesetengah bengkel yang siap cuci cooling sistem korang dalam enjin dengan menggunakan flusing air tekanan tinggi .. First makanik tu buka hose pipe radiator atas bawah kemudiansambung pada mesin flusing tu cuci dalam enjin sistem kereta korang..Tekanan air Rolling masuk dan keluar.. So mesin flusing ni cuci dalam enjin melalui kesemua saluran hose pipe, liang block , water pump dan thermostat..jadi keluarlah keladak yang menyumbat cooling sistem dalam enjin korang.. Anggaran kos Flusing enjin ni mungkin dalam lingkungan RM 70 kot..
_______________________________
PERINGATAN PENTING 
****Adalah di syorkan Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water.

Projek 2 : Servis Starter

 Part Number Starter..
 Baru cabut dari enjin...
 Pomen 4x4 Kuantan, PakNgoh tgh tlg servis starter..

Gosok pakai kertas pasir halus..Cuci pakai WD-40..



Pakai kaki ke buat keje, berterabur spanar2..hahahha

Projek 1 : Servis Distributor





DISTRIBUTOR ROTOR
Kena tukar, dah reput. Nasib baik ade kt kedai sparepart..Part no. 19102..



1 - “Outer” O-ring.  
2 - “Inner” U-seal. Nie la sebab minyak kuar kt distributor...tukar ni je abis problem..









Marking dulu sblum buka..



Jangan lupa marking

Periksa Bearing ok ke tak..klu rosak baik tukar..
Punca minyak kuar..
Tukar O-ring baru..

Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta


Maklumat ni berguna untuk sume orang. Jadi gua post kat sini. Senang nak buat rujukan akan datang.

Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"